NAMA KORPORAT
Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas (PENTAS)
NAMA PENDAFTARAN
Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas (PENTAS),
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Johor
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia : 0912-05-10
25 Mei 2005
OBJEKTIF & MATLAMAT
PENTAS telah ditubuhkan untuk memenuhi inspirasi-inspirasi berikut :-
- Menjaga kebajikan Pegawai Pentadbir & Iktisas Universiti
- Mencapai persefahaman, kerjasama & kesejahteraan ahli
Menegak & mengukuhkan prinsip pengurusan yang cekap, adil & demokratik - Mewujud dan menjalinkan hubungan dengan lain-lain pertubuhan yang sesuai dengan tugas dan matlamat Persatuan
- Memajukan bidang pentadbiran ikhtisas dan bidang-bidang lain yang dapat meninggikan lagi imej Universiti
- Menjadikan satu badan yang mewakili Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas UTHM
- Menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas Universiti
- Memelihara Visi dan Misi Universiti
- Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal yang ada kaitan dengan kepentingan ahli
- Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada pihak berkuasa
- Universiti, agensi dan kerajaan serta badan-badan lain mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan ahli
- Menjadi badan perunding semua perkara berkenaan kebajikan dan kepentingan ahli
- Menjadi gabungan dan menjalin kerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang berdaftar di Malaysia dan sesuai dengan dasar Persatuan
- Menggalakkan minat dan mengajurkan aktiviti-aktiviti untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan sosial ahli
- Bekerjasama dengan pihak Berkuasa Universiti dalam hal-hal berkaitan dengan kepentingan ahli
KEAHLIAN
Keahlian Persatuan ini adalah terbuka kepada pegawai-pegawai Pentadbiran dan Perkhidmatan.