Sejarah Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas (PENTAS) bermula apabila timbul idea dikalangan para pentadbir tentang keperluan untuk diwujudkan sebuah persatuan untuk menjaga hal ehwal kebajikan dan aktiviti pentadbir. Setrusnya telah dijalankan sesi perbincangan diantara Pendaftar dengan Penolong Pendaftar dalam satu mesyuarat pada 8 Ogos 2000
Hasil daripada mesyuarat tersebut, sebuah Jawatankuasa Penaja ditubuhkan untuk melihat kepada proses awal penubuhan persatuan. Seterusnya daripada perbincangan dikalangan Jawatankausa Penaja telah bersetuju untuk menamakan persatuan ini sebagai Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas (PENTAS). Kertas kerja penubuhan PENTAS telah dibawa untuk kelulusan Jawatankuasa Eksekutif Universiti pada 23 Oktober 2002 dan seterusnya dibawa ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
Pada 25 Mei 2005, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan telah meluluskan penubuhan PENTAS pada 25 Mei 2005 di bawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran 0912-05-10.